fb fb fb fb fb

Kehadiran Fan Bingbing beri impak besar kepada industri pelancongan Melaka

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

BANDAR HILIR, 8 Jun- Kehadiran pelakon terkenal dari China, Fan Bingbing ke Melaka bakal memberi impak besar kepada industri pelancongan negeri itu khasnya di peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia menerusi pelantikan pelakon itu, sebagai Duta Pelancongan Melaka minggu depan.

Beliau berkata, pelakon itu mempunyai pengaruh besar di media sosial dan sangat tertarik dengan perkembangan industri pelancongan Melaka.

Katanya, usaha berkenaan diharap dapat merancakkan lagi sektor pelancongan Melaka sekali gus membawa nama negeri itu ke serata dunia.

"Yang pada asalnya beliau hanya datang untuk melancong  tetapi kelebihan yang ada pada kita adalah kerana pengurus di peringkat Asia ini adalah anak Malaysia yang datang mencadangkan supaya dalam lawatan Fan Bingbing ke Melaka ini dia ingin memberi perkhidmatan untuk mempromosi Melaka ini sendiri.

"Kerajaan negeri amat berbesar hati untuk menerima tawaran berkenaan tanpa mengenakan caj yg begitu tinggi, kita hanya menyediakan keperluan logistik untuk membantu kehadiran beliau di Melaka jadi ini adalah satu lagi penghargaan," katanya.

Ab Rauf berkata demikian selepas merasmikan perarakan Perahu Naga di Dataran Persahabatan Malaysia-China di sini.

Ujarnya, pelantikan Fan Bingbing secara rasmi akan berlangsung ketika kunjungannya dalam Program Meet and Greet pada 14,15  dan 16 Jun ini di Encore Melaka.

ZEHRA BINTI ZAMBRI