fb fb fb fb fb

Kedudukan ADUN Rembia bakal diputuskan UMNO

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

KUALA LUMPUR, 19 Julai-Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis sedang diteliti Kerajaan Negeri Melaka, seterusnya di bawa ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk diputuskan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Umno masih sedang meneliti tindakan yang bakal dikenakan terhadap Muhamad Jailani berikutan keputusannya menyertai PAS.

"Tiga perkara yang akan diteliti dari dua sudut berbeza iaitu melalui perlembagaan parti sebagai wakil rakyat vang mewakili parti dan kerajaan negeri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka akan dimuktamadkan sebelum sebarang tindakan susulan", katanya demikian dalam sidang media khas di ibu negara.

Selasa lalu, Muhamad Jailani diumumkan menjadi ahli PAS selepas permohonan menjadi ahli parti itu diterima pada 10 Jun 2023.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD