fb fb fb fb fb

Kediaman ADUN Mulu terbakar, tiada kemalangan jiwa

FOTO FB Briged Kesembilan Infantri Malaysia

BARIO, 15 April- Sebuah kediaman milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala di Kampung Pa’ Umor di sini musnah terbakar, awal pagi semalam.

Kesemua enam penghuni dilaporkan selamat, tanpa sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi memaklumkan, kediaman berkenaan musnah sepenuhnya dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi itu.

Usaha memadam kebakaran tersebut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Bario, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Darat Malaysia (TDM) dan penduduk kampung.

Sebelum itu, sepasukan anggota dari BBP Marudi ke lokasi kejadian menggunakan helikopter bagi mengesahkan insiden terbabit sebaik menerima laporan.

Punca kebakaran masih disiasat.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu turut meninjau keadaan rumahnya susulan insiden berkenaan.

1504 RUMAH ADUN TERBAKAR 4
Gerawat (kanan) meninjau keadaan rumahnya yang dijilat api

SITI AISHAH MD ISA