fb fb fb fb fb

Kedai karpet tiga pintu hangus

Kedai karpet binaan kayu tiga pintu musnah terbakar di Jalan Besar, Kuantan, petang semalam

KUANTAN, 20 Oktober - Kedai karpet tiga pintu musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Besar, Kuantan, petang semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Md Gezani Md Ghazi berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.45 petang.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, BBP Indera Mahkota dan BBP Gebeng digegaskan ke lokasi kejadian.

Seramai 32 pegawai dan anggota melakukan pemadaman menggunakan dua aliran hos 600 kaki dan empat pancutan air tangki pam jentera dan pili bomba.

Kerja penyejukan dan kerja 'overhaul' di lokasi dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Kedai dengan binaan kayu ini musnah sepenuhnya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Trainee2