fb fb fb fb fb

Kedah rekod penurunan kadar kemalangan jalan raya

Foto BERNAMA

ALOR SETAR, 12 Oktober - Kadar kemalangan jalan raya di Kedah tahun ini menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Pesuruhjaya Polis (CP) Datuk Adzli Abu Shah berkata bagi tempoh Januari hingga 5 Oktober tahun ini, sebanyak 21,381 kes kemalangan direkodkan berbanding 21,453 kes kemalangan bagi tempoh sama tahun lalu.
 
Ia menurun sebanyak 72 kes.

Daerah yang menunjukkan penurunan paling tinggi adalah Kota Setar iaitu 4,485 kes berbanding 4,773 kes tahun lalu, penurunan sebanyak 288 kes.
 
"Bagi Kuala Muda, kadar kemalangan maut menunjukkan pengurangan sebanyak 45 kes iaitu 62 kes kemalangan maut berbanding 107 kes kemalangan maut pada tempoh sama tahun lalu.
 
"Kadar kemalangan cedera parah bagi Kuala Muda juga menunjukkan penurunan daripada 13 kes kepada lapan kes.
 
"Selain itu, daerah lain yang menunjukkan kadar penurunan kemalangan adalah Baling 98 kes, Kubang Pasu (89 kes), Pendang (50 kes), Langkawi (22 kes), Sik (16 kes) dan Yan (lima kes)," katanya menerusi kenyataan.
 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM