
KUALA NERANG, 13 Mac -Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)) akur dengan arahan Kerajaan Persekutuan agar semua agensinya tidak menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri, tahun ini.
- Keputusan mengikuti pengumuman Perdana Menteri membatalkan majlis Aidilfitri susulan kesan ekonomi konflik di Asia Barat.
- Beliau berkata pihaknya tidak menghalang kakitangan menganjurkan rumah terbuka masing-masing dan pembatalan menjimatkan bajet tahunan.
- Beliau hadir program Kepenggunaan Ramadan di Bazar Pekan Kuala Nerang dan melawat pelajar UUM yang memerlukan bantuan.
Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya majlis tersebut dibatalkan ekoran kesan ekonomi akibat konflik di Asia Barat.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tidak menghalang kakitangannnya untuk mengadakan rumah terbuka masing-masing.
“Saya fikir maksudnya, kalau kita tak buat, memang tak ada kos untuk Raya tu. Untuk buat sambutan raya, memang ada bajet, dan setiap tahun memang ada bajet. Tapi kalau kita tak buat, memang kita tak buat… jadi ikut sahaja keputusan kita,” katanya kepada media selepas hadir pada program Kepenggunaan Ramadan 2026 di Bazar Ramadan Pekan Kuala Nerang semalam.
Terdahulu beliau melakukan kunjungan terhadap pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kuala Nerang yang memerlukan bantuan.