fb fb fb fb fb

Kebocoran paip: 8,556 pengguna di Labuan alami gangguan bekalan air

Paip pumping fasa dua bersaiz 800 milimeter berdekatan Stesen Rumah Pam Rancha-Rancha didapati bocor.

LABUAN, 15 Julai- Sebanyak 18,556 pengguna akaun berdaftar di Bahagian Bekalan Air Labuan mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini.
 
Bahagian Bekalan Air (BBA) Labuan memaklumkan gangguan itu berpunca daripada paip pumping fasa dua bersaiz 800 milimeter yang bocor berdekatan Stesen Rumah Pam Rancha-Rancha.

"Antara kawasan terjejas, seluruh kawasan bandar, District Metered Area (DMA) Layangan, DMA Kiansam, DMA Lajau dan DMA Pohon Batu satu dan dua.

"Kerja-kerja pembaikan telah bermula pagi tadi dengan menggantikan Tee Pipe baharu termasuk dua unit Mechanical Coupling 800 milimeter dan satu unit Flange Adaptor 800 milimeter.

"Notis gangguan telah dikeluarkan lebih awal iaitu pada 4 Julai untuk pengguna bersedia menghadapi gangguan tersebut," menurut kenyataan itu.
 
Kenyataan turut memaklumkan kebocoran tersebut menyebabkan sebanyak 81,000 liter air sehari tidak dapat disalurkan kepada pengguna.
 
"Sebanyak 67 unit tangki statik diletakkan di kawasan berhampiran untuk kegunaan pengguna, manakala empat unit lori tangki berada dalam keadaan bersedia untuk penghantaran terus ke rumah pengguna yang terjejas.
 
"Air bersih dijangka dapat disalurkan kepada pengguna dalam masa dua atau tiga hari lagi," katanya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI