SEPANG, 14 November – Beberapa bahagian di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, (KLIA) mengalami kebocoran susulan hujan lebat.
- Pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan segera ke lokasi untuk menangani kebocoran.
- Keselamatan penumpang diutamakan sambil usaha melindungi sistem elektrik dijalankan.
- MAHB bekerjasama rapat dengan rakan kongsi untuk meminimumkan impak operasi.
- Kaunter daftar masuk K dan L dibersihkan, diperiksa dan dibuka semula selepas disahkan selamat.
- Fungsi asas seperti Aerotrain dan sistem bagasi tidak terjejas; pemeriksaan teknikal diteruskan.
Malaysia Airports Holdings Berhad, (MAHB) memaklumkan susulan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.14 petang tadi, pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan telah ke lokasi bagi menangani situasi berkenaan.
“Keselamatan penumpang diberi keutamaan, disamping usaha membendung serta melindungi sistem elektrik.
“MAHB berhubung rapat dengan rakan kongsi bagi meminimumkan sebarang impak kepada operasi,” katanya.
Kaunter daftar masuk K dan L telah terjejas dan kemudian dibuka semula selepas air dibersihkan dan pemeriksaan sistem penting mendapati lokasi selamat digunakan.
Fungsi asas lapangan terbang termasuk pemprosesan penumpang, pergerakan terminal dan sistem utama seperti Aerotrain dan sistem pengendalian bagasi tidak terjejas.
Pemeriksaan teknikal masih diteruskan dan beberapa fungsi sokongan kekal dipantau rapi.