fb fb fb fb fb

Kebakaran pejabat di bangunan 100 tahun

GEORGE TOWN, 17 Ogos- Sebuah pejabat menjual peralatan pejabat dan plastik hangus terbakar dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lebuh Pantai Muzzamer Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai terdapat kepulan asap di bangunan itu pada 2.14 pagi.

"Didapati, kebakaran membabitkan tingkat empat bangunan berkenaan yang menjual barangan plastik dan peralatan pejabat.

"Ketika pintu dipecahkan, didapati seorang wanita sedang tidur di aras bawah bangunan dan tidak menyedari berlaku kebakaran," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pejabat yang terletak dalam zon warisan itu merupakan antara bangunan lama di kawasan terbabit yang mempunyai nilai sejarah melebihi 100 tahun.

Seramai 40 anggota bomba dari Balai Bomba Lebuh Pantai, Jalan Perak serta Bagan Jermal terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang selesai lebih kurang pukul 3.15 pagi.

(Foto fail)

Malah salah seorang pekerja di tingkat satu bangunan itu tidak sedar dan tidak dapat menghidu asap kebakaran pada tingkat atas bangunan terbabit.

Tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran itu.

Media Baharu