fb fb fb fb fb

Kebakaran kecil berlaku di IOI Mall Puchong

FOTO BOMBA

PUCHONG, 27 Januari- Satu kebakaran berlaku di IOI Mall di sini melibatkan pondok hiasan dalam pusat membeli belah tersebut pada 7.10 malam tadi.

Insiden bagaimanapun tidak melibatkan sebarang nyawa atau kecederaan.

"Mujur tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu dan api dapat dipadamkan dengan cepat pada pukul 7.15 malam," kata pihak IOI Mall menerusi Facebooknya sebentar tadi.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerjasama penuh akan diberikan kepada pihak berkuasa.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan atau kebimbangan yang timbul.

"Semua operasi telah disambung semula tanpa gangguan. Terima kasih atas kesabaran anda," ujarnya.

Dalam pada itu, bomba mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.20 malam.

Ia melibatkan pondok hiasan berkeluasan 3x3 kaki persegi yang terbakar 50 peratus.

Api berjaya dipadam oleh orang awam menggunakan pemadam api jenis serbuk kering, sebelum ketibaan bomba di tempat kejadian.

Kebakaran kecil itu tidak melibatkan struktur bangunan lain. 

SITI AISHAH BINTI MD ISA