fb fb fb fb fb

KEB 2024: Teknologi baharu pastikan ekonomi bumiputera kekal relevan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 27 Februari- Penguasaan bidang teknologi baharu menjadi antara tumpuan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bagi memastikan ekonomi bumiputera kekal relevan dan progresif selaras dengan kemajuan teknologi terkini.

Jelasnya, aspek teknologi merupakan elemen yang ditambah baik, berbanding Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang dianjurkan lebih 50 tahun lalu.

“Kongres Bumiputera pertama dijalankan pada tahun 1965, kita lihat resolusinya wujud MARA. Kemudian kongres itu wujudkan PETRONAS, FELDA, FELCRA, RISDA.

“Sekarang kita mahu lihat adakah agensi itu telah memainkan peranannya? Adakah sesuatu mahu diperkukuh atau agensi baru perlu diwujudkan umpamanya" kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid selepas menjadi tetamu rancangan Bicara Naratif di Angkasapuri Kota Media, malam tadi.

“Teknologi baru dan bidang baru tidak ada 50 tahun lalu. Kita mahu relevan itu pada orang melayu, bumiputera, Sabah, Sarawak dan kita tidak mahu ketinggalan dalam bidang ekonomi, bidang pendidikan dan perkara seumpamanya", katanya.

KEB 2024 akan berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

ROSLINA BINTI DIN