fb fb fb fb fb

KDN siasat kemungkinan sindiket jenayah terancang dalangi kegiatan "e-waste"

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tiga kanan) bersama Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (empat kanan) ketika hadir melawat kilang e-sisa susulan penemuan sisa amunisi dengan anggaran berat 40 tan di Teluk Panglima Garang, Banting hari ini/BERNAMA

KUALA LANGAT, 6 Mac- Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan kegiatan pemprosesan bahan sisa elektronik (e-waste) di negara, didalangi sindiket jenayah terancang.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Jelas Datuk Seri Saifuddin, skala operasi yang begitu besar dan beroperasi secara sistematik di pelbagai lokasi menunjukkan ia bukan dilakukan secara individu.

Sebaliknya, berkemungkinan mempunyai rangkaian yang lebih luas.

"Jadi, dengan anggaran nilai rampasan keseluruhannya, sebab operasi polis terutamanya bukan hanya tertumpu pada 14 Februari. Operasi ini juga sudah dibuat pada tahun lepas dan 14 Februari.

Selepas itu, kita juga ada lagi beberapa serbuan yang menjadikan jumlah nilai rampasan dianggarkan RM3.9 bilion," kata Datuk Seri Saifuddin kepada pemberita, hari ini.

Beliau menyatakannya selepas meninjau premis di Teluk Panglima Garang yang menemukan hampir 50 tan kelongsong dan anak peluru serta peluru hidup ketika serbuan Op Hazard pada Februari lepas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM