fb fb fb fb fb

KDN mahu segerakan pelaksanaan SBA

Menteri KPDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

JOHOR BAHRU, 8 November- Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperkemas aspek struktur, organisasi dan penjawatan, dalam merangka pelaksanaan Agensi Tunggal Sempadan (SBA) negara, mengawal 141 pintu masuk antarabangsa negara.

Menteri KPDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara keutamaan pihaknya, ialah menyegerakan projek rintis SBA, yang dijangka akan bermula tahun hadapan, melibatkan beberapa pintu masuk negara.

Pelaksanaan SBA akan mencontohi pendekatan daripada agensi entiti tunggal lain dalam negara, seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

"Tugas koordinasi antara pelbagai agensi kawal selia yang bertanggungjawab di sempadan, meningkatkan kecekapan sistem pencapaian, apabila pelbagai agensi diletakkan dalam satu, jadi sistem pencapaian akan jadi lebih cekap isu intergriti, itu tiga perkara yang dihasratkan kerajaan,"katanya.

SBA akan memainkan peranan yang sama seperti Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Singapura, sebagai agensi tunggal mengawal sempadan.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Secara En Bloc Pangsapuri di Johor Bahru, untuk Kuarters Jabatan Imigresen Malaysia Johor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE