PUTRAJAYA, 19 Februari - Kementerian Dalam Negeri sedang melaksanakan kajian bagi memanjangkan tempoh sah laku pasport Malaysia kepada 10 tahun berbanding lima ketika ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kajian tersebut dibuat memandangkan negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan juga Singapura telah melaksanakannya.
"Jabatan Imigresen juga sekarang dalam proses untuk melakukan satu kajian bagi memperkenalkan pasport bagi tempoh sah laku 10 tahun."
"Pasport kita sekarang lima tahun, samada kita nak kekal lima tahun atau menuju kearah 10 tahun kita akan lakukan satu fasa kajian."
"Saya percaya dalam tempoh yang munasabah bila hasil kajian itu kita perolehi, kita akan membuat keputusan dasar tentang keperluan untuk pasport tempohnya 5 atau 10 tahun."
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury di Putrajaya.
Tambah beliau, selepas kajian ini dilaksanakan, akan ada satu keputusan dasar akan dibuat.