fb fb fb fb fb

KDN gubal RUU wujudkan satu agensi penyelaras kawal selia pintu masuk negara

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggubal satu Rang Undang-Undang (RUU) untuk mewujudkan sebuah agensi penyelaras untuk mengawal selia keselamatan di pintu masuk negara / Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 17 April - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggubal satu Rang Undang-Undang (RUU) untuk mewujudkan sebuah agensi penyelaras untuk mengawal selia keselamatan di pintu masuk negara.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata RUU itu bagi membolehkan beberapa agensi yang menjaga pintu masuk negara mempunyai punca kuasa dari segi undang-undang untuk beroperasi dengan kuasa yang secukupnya.

"Aspek keselamatan di pintu masuk negara terus menjadi tumpuan bukan hanya dari segi keselamatan daripada insiden seperti itu tetapi juga masalah berkaitan penyeludupan yang sering berlaku dan aspek ini ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas mengenai insiden tembakan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sabtu lalu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN