KUALA LUMPUR, 13 Februari- Hampir RM10 juta disalur kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang tahun 2024.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, ia bertujuan bagi memperkukuh peranan belia termasuk memperluaskan program perkasa kepimpinan belia.
"Kita tahu dalam tempoh dua tahun ini berlaku proses transisi hak umur belia, kita mahu supaya lebih ramai golongan belia yang berusia bawah 30 tahun dapat mengisi kepimpinan dalam pertubuhan-pertubuhan belia.
"Kita perbanyakkan dan perluaskan bentuk-bentuk program yang boleh dilaksanakan selain mewujudkan kerjasama strategik menerusi Rakan Mud.
"Jadi diharap sasaran yang ditetapkan peningkatan 95 peratus itu boleh dicapai, kalau tidak dapat dipenuhi sepenuhnya seperti yang dihasratkan oleh kerajaan dan juga Majlis Belia Malaysia sekurang-kurangnya kita pastikan usaha itu berterusan dan tidak dihentikan hanya kerana KPI tersebut belum dapat dipenuhi seperti yang kita inginkan," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas di Parlimen.