fb fb fb fb fb

KBS rancang wujudkan tiga Y-Hub seluruh negara

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 Februari- Kementerian Belia dan Sukan(KBS) akan membina tiga lagi Pusat Aktiviti Belia Setempat (Y-HUB) di seluruh negara tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, kementeriannya tidak mempunyai peruntukan khas untuk mewujudkan Pusat Belia mengikut kawasan Parlimen, sebaliknya membina kemudahan yang serupa untuk memberi manfaat secara langsung kepada pembangunan belia menerusi pembinaan kompleks Belia dan Sukan seluruh negara. 

" Sejak tahun lepas, enam premis Youth Hub telah diwujudkan sebagai pusat aktiviti setempat di negeri Selangor, Sabah, Kelantan, Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Bagi tahun ini, KBS merancang untuk menambah tiga lagi premis Youth Hub di Sarawak", katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mogin yang bertanyakan tentang peruntukan khas untuk belia dalam bentuk pusat belia dan dana khas baik pulih padang bola di kampung-kampung seluruh negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD