(Padang Sultan Sulaiman, Klang)
KUALA LUMPUR, 12 Jun- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum mempunyai sebarang perancangan untuk menaik taraf dua stadium di Klang iaitu Padang Sultan Sulaiman Kota Raja dan Stadium Pandamaran.
Ini memandangkan kedua-dua lokasi kemudahan sukan berkenaan bukan bawah seliaan KBS.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, urusan penyelenggaraan bagi kedua dua kemudahan sukan tersebut berada bawah tanggungan Pihak Pengurusan Kerajaan Tempatan atau Pihak Kerajaan Negeri.
(Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim)
"Pada masa ini KBS belum mempunyai perancangan untuk manaik taraf kedua-kedua kemudahan sukan ini dan sedang memberikan keutamman untuk menaik taraf kemudahan sedia ada bawah KBS.
"Namun begitu ahli Yang Berhormat boleh membuat permohonan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor untuk dipertimbangkan oleh pihak KBS tertakluk kepada peruntukan sedia.
Bagi tujuan ini kaedah permohonan bina baru yang telah pun diperjelasakan semasa sesi libat urus KBS pada 8 Jun 2023 yang lalu", katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.