fb fb fb fb fb

KBS bawa pelajar ke kolam swasta atasi kekurangan fasiliti

Hannah ditemui selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Strata di Taman Sri Hartamas

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil pendekatan membawa pelajar ke kolam renang swasta bagi tujuan pembelajaran, susulan kekurangan fasiliti kolam renang awam.

Usaha ini antara strategi kementerian dalam memastikan akses kepada pendidikan renang dapat diteruskan, khususnya kepada komuniti berpendapatan rendah, selepas banyak kolam renang awam ditutup.

“Sejak beberapa dekad yang lalu, banyak kolam renang awam telah ditutup. Kolam renang swasta biasanya mempunyai penyelamat, tetapi kes-kes lemas ini melibatkan kanak-kanak yang lemas di sungai, longkang monsun dan pantai,” katanya ketika ditemui media semasa Majlis Penyerahan Hak Milik Strata di Taman Sri Hartamas.

Beliau berkata, pada masa ini, sesi pembelajaran renang dilaksanakan di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan kolam renang, menerusi kerjasama strategik antara kementerian dan pihak swasta.

Inisiatif ini melibatkan pembiayaan penuh oleh KBS untuk membawa pelajar ke lokasi yang sesuai bagi mengikuti kelas renang.

“Kami telah memulakan pelaksanaan kelas renang percuma di kawasan berisiko tinggi kejadian lemas. KBS juga bekerjasama dengan kelab-kelab renang bagi menyediakan latihan percuma kepada peserta. Sebanyak enam sesi latihan diberikan bagi membina keyakinan berada di dalam air,” ujarnya lagi.

Menurut beliau, usaha mewujudkan lebih banyak kolam renang awam menghadapi cabaran besar, terutamanya dari segi kos penyelenggaraan yang tinggi dan berpotensi membebankan pihak berkuasa tempatan.

KBS komited dalam memperluas program ini sebagai langkah proaktif menangani isu lemas dalam kalangan kanak-kanak serta memperkukuh kemahiran renang sebagai satu asas keselamatan air.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI