fb fb fb fb fb

Kawasan kebocoran gas di Kerteh disahkan selamat

Kebocoran gas dikesan di tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen Lima, Kerteh.

KEMAMAN, 23 September - Susulan kebocoran saluran paip gas Petronas di Kerteh baru-baru ini, 21 pelajar Pusat Tahfiz Al-Muqarabbin terjejas kembali ditempatkan di institusi itu selepas kawasan berkenaan disahkan selamat.

Kesemua pelajar terbabit sebelum ini dipindahkan dari pusat penempatan sementara di Paka, Dungun selepas kebocoran gas dikesan di tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen Lima, Kerteh.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata situasi terkini di kawasan insiden disahkan terkawal dan selamat.

Justeru orang ramai tidak perlu bimbang dan boleh kembali menjalankan aktiviti harian mereka.
 
Katanya, pihak berkuasa akan terus melakukan pemantauan berterusan bagi memantau situasi di lapan lokasi terjejas.

Orang awam bagaimanapun dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan terjejas serta mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan.

JALALUDDIN BIN BAHARIN