fb fb fb fb fb

Kawalan jangkitan rabies, 70 peratus populasi anjing perlu divaksin

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 27 September - Sekurang-kurangnya 70 peratus populasi anjing perlu divaksin bagi menangani jangkitan rabies.

Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar, Dr. Aida Muhid berkata susulan itu, zon penampan di sempadan semenanjung Malaysia dan Thailand diwujudkan.

(Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar, Dr. Aida Muhid)

"Oleh sebab itu, di Malaysia, kita mewujudkan apa yang kita panggil sebagai zon penampan di sempadan antara semenanjung Malaysia dan Thailand di mana beberapa aktiviti kawalan dilaksanakan. Maksudnya, kita mewajibkan vaksinasi semua anjing di kawasan sempadan," katanya ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini.

Tambah Dr. Aida, pengambilan sampel juga dilakukan di seluruh negara untuk melihat sekiranya terdapat jangkitan rabies.

Selain itu, kawalan populasi anjing liar yang berpotensi dijangkiti, turut dilaksanakan dengan kerjasama pihak-pihak berkaitan.

Beliau turut berharap agar pemilik haiwan itu mendapatkan vaksin sekali setahun untuk haiwan peliharaan mereka.

Media Baharu