fb fb fb fb fb

Kaunter manual di zon pemeriksaan motosikal diaktifkan

Tinjauan di zon laluan motosikal, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Ruslin bin Jusoh, 6 Mac lalu/

JOHOR BAHRU, 8 Mac- Jabatan Imigresen Negeri Johor mengaktifkan kaunter manual di Zon Pemeriksaan Motosikal di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.

Ia bagi memastikan kelancaran aliran trafik, selain mengelak kesesakan akibat gangguan sistem M-Bike seperti sebelum ini.

Pengarah Imigresen negeri, Baharuddin Tahir dalam kenyataan berkata, pihaknya bersama syarikat pengendali baru akan memantau sistem M-Bike supaya kejadian gangguan tersebut tidak berulang.

Sebanyak 50 kaunter di laluan masuk termasuk 11 kaunter M-Bike beroperasi di Kompleks Bangunan Sultan Iskandar ketika ini.

50 kaunter juga dibuka bagi laluan keluar dengan 14 daripadanya adalah kaunter M-Bike.

Di Kompleks Sultan Abu Bakar pula, sebanyak 19 daripada 25 kaunter M-Bike beroperasi dengan baik, bagi zon pemeriksaan masuk.

20 kaunter M-Bike beroperasi bagi pemeriksaan keluar, manakala lima lagi sedang diselenggara.

ROSLINA BINTI DIN