fb fb fb fb fb

Katalog Harta Intelek panduan lengkap usahawan daftar harta intelek

Kamal Kormin

PETALING JAYA, 19 September- Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) memperkenalkan Katalog Harta Intelek hari ini berfungsi memberi panduan lengkap kepada usahawan berhubung proses pendaftaran harta intelek.

Ketua Pengarah MyIPO Kamal Kormin berkata, komitmen itu dapat memberi manfaat besar kepada komuniti usahawan.

Perkara itu sekali gus mampu melindungi jenama, idea,karya dan inovasi para usahawan tempatan daripada dieksploitasi pihak lain.

"Saya percaya bahawa dengan hak eksklusif ke atas produk dan perkhidmatan yang didaftarkan. Usahawan boleh memperkukuh kedudukan mereka di pasaran dan memastikan inovasi mereka dilindungi daripada sebarang bentuk pelanggaran.

"Ini adalah satu kelebihan yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh para usahawan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian 'Innopreneur: Penyelesaian Harta Intelek untuk Usahawan di Menara MyIPO di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Penolong Ketua Pengarah MyIPO (Perancangan, Pembangunan Perniagaan & Pemasaran), Tuan Sh. Arifin Sh. Mohd.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI