fb fb fb fb fb

Karnival MyPesara, padat dengan ilmu persediaan persaraan

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican

KUALA LUMPUR, 25 November-Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) mengambil inisiatif menganjurkan Karnival MyPesara bagi mempersiapkan golongan pesara dengan ilmu kewangan dan penjagaan kesihatan.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican, karnival itu padat dengan ilmu persediaan persaraan melalui aktiviti-aktiviti yang dikendalikan.

"Menerusi karnival ini, golongan pesara diharap dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsi seterusnya dapat melahirkan pesara yang produktif dan berupaya memberi sumbangan kepada negara.

"Untuk menyumbang kepada kebajikan golongan pesara pada hari ini juga terdapat aktiviti seperti pelarian, saringan kesihatan dan juga nasihat kewangan.

"Ini bagi memastikan kesihatan dan kebajikan pesara terus terjamin dan terpelihara," katanya selepas merasmikan Karnival MyPesara di sini.

Karnival tersebut berlangsung selama dua hari iaitu pada hari ini dan esok.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM