fb fb fb fb fb

Karnival Kesenian Islam anjuran MAIWP di Labuan dapat sambutan

Pengurus MAIWP Labuan, Md. Fadzli Md. Saad / FOTO RTM

LABUAN, 27 Januari -Buat julung kalinya, Karnival Kesenian Islam anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diadakan di Labuan.
 
Penganjuran karnival ini diisi dengan pelbagai program ilmiah dan kerohanian yang melibatkan masyarakat di pulau berkenaan.

Pengurus MAIWP Labuan, Md. Fadzli Md. Saad berkata, program dua hari itu melibatkan pelbagai aktiviti .

"Kita mengadakan beberapa jenis program dan slot antaranya pertandingan untuk marhaban kita lihat penyertaanya daripada pelbagai lapisan baik daripada kanak-kanak, remaja dan juga ada terdiri daripada golongan veteran yang mana mereka menyampaikan  dalam bentuk 'retro' dan yang terbaharu

"Bagi kanak-kanak remaja menyampaikan dalam bentuk kontemporari itu merupakan satu kesenian dan ini yang ingin kita tonjolkan kepada masyarakat Labuan khususnya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan Marhaban yang berlangsung di Dataran Labuan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD