fb fb fb fb fb

Karnival D’Bendang akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan Melaka

Foto FB YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari

SUNGAI RAMBAI, 3 Disember- Setiap daerah di Melaka perlu mempunyai produk pelancongan tersendiri khususnya di kawasan luar bandar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia berikutan ketika ini tidak semua Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai produk pelancongan yang melambangkan identiti serta keunikan mereka.

"Dalam daerah Jasin, kita berikan DUN Sungai Rambai mendahului untuk mempromosi dan menjayakan agropelancongan yang cukup hebat ini.

"Kita mengkaji, mencari dan menilai dalam daerah yang lain supaya muncul satu produk yang baharu," kata Ab Rauf ketika ditemui pemberita selepas Perasmian Penutup Karnival D’Bendang di Sungai Rambai di sini.

Tambah Ab Rauf, program karnival itu akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Melaka seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM