PUTRAJAYA, 9 Mei- Kementerian Pengangkutan menyangkal dakwaan kononnya terdapat kapal Israel berlabuh di negara ini.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, siasatan mendapati kapal dimaksudkan bukan lagi milik syarikat Israel seperti yang didakwa.
Pihaknya mendapati kapal itu pernah dimiliki syarikat Israel.
Bagaimanapun, ia telah dijual kepada pihak lain.
"Kapal-kapal ini kadangkala dia bertukar tangan..dia jual beli kapal.
"Jadi jika sebelum ini kapal berkenaan atas nama Zim tapi telah bertukar nama..dia tukar hak milik, itu biasa.
"Dasar kita tetapkan, jika kapal Zim kita tidak benar, tapi apabila kapal itu bertukar tangan milik syarikat lain, kita tidak boleh menghalang..syarikat kita tidak larang" katanya dalam satu sidang media selepas sambutan Majlis Erat Kasih Madani di Kementerian Pengangkutan di sini.
Tegas beliau, Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan syarikat perkapalan milik di Israel berlabuh di pelabuhan negara.