fb fb fb fb fb

Kanak-kanak tadika cemas, sekolah dinaiki air

TELUK KUMBAR, 25 September - Seramai 40 orang kanak-kanak tadika di Jalan Kampung Masjid Teluk Kumbar, berdepan detik cemas selepas bangunan sekolah itu dinaiki air akibat kejadian hujan lebat pagi tadi.

Komander Operasi, Nasir Sameon berkata, mereka terdiri daripada 25 kanak-kanak lelaki dan 15 perempuan bersama-sama tiga guru.

Bagaimanapun kesemua kanak-kanak itu, berjaya dibawa keluar dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau dan orang awam.

"Didapati terdapat 40 pelajar terkandas di dalam kelas dengan air melimpah lebih kurang dua kaki, mangsa-mangsa dikeluarkan menggunakan pacuan 4x4 orang awam dan membawa mereka ke pejabat YB yang berdekatan, keadaan mangsa ditempat kejadian mengalami kesukaran disebabkan ramai pelajar yang terkandas," kata Nasir, di sini.

Hujan lebat yang turun berterusan dari pukul 7.00 pagi hingga 10.20 pagi mengakibatkan air naik dan banjir kilat berlaku di Jalan Kampung Masjid Teluk Kumbar dan menyebablan rumah dikawasan berdekatan turut dinaiki air.

"Lambat turun la sebab air laut pasang, selalunya macam tu la dalam bulan Oktober itu kerap la hujan kan banjir rumah makcik tak tau la banyak kali dah banjir," penduduk terjejas banjir, Azizah Rejab.

(Anggota bomba membersihkan tadika terbabit)

Media Baharu