fb fb fb fb fb

Kanak-kanak OKU diraikan dalam Program Discover The Talent -World Disability Day

Para peserta , ibu bapa dan AJK bergambar bersama setelah selesai menyertai program ‘Discover The Talent-World Disability Day, A World Without Barrier’/ FOTO UPM

SERDANG, 4 Disember - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi jabatan Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) menganjurkan Program Discover The Talent -World Disability Day, A World Without Barrier bagi menyampaikan mesej tentang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) khasnya bahawa golongan ini tidak terasing dalam kehidupan bermasyarakat.

Program ini juga merupakan sambutan Hari OKU Antarabangsa yang sering disambut pada setiap 3 Disember sejak 1992.

Pengarah program, Dr. Thanalactchucmy Chandrabose berkata masyarakat tidak boleh menganggap OKU merupakan golongan yang lemah walaupun mereka ada kekurangan fizikal mahupun mental.

"Kita perlu memperlihatkan kepada masyarakat mengenai keperluan OKU dalam usaha menyokong dan memberi ruang kepada kanak-kanak daripada keadaan yang berbeza seperti Down Syndrome atau Ceberal Palsy," katanya.

Tambah Thanalactchucmy, Program berkenaan mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada kesemua 45 peserta OKU yang hadir dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan hasil kolaborasi bersama HSAAS Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya serta Jawatankuasa KRIS.

"Daripada 45 peserta OKU ini hanya dua orang peserta sahaja berusia lebih 20 tahun, dan saya sangat gembira melihat penglibatan aktif mereka sepanjang program," kata Thanalactchucmy.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dr. Chan Soak Fong berkata program bersama kanak-kanak berkeperluan khas ini dilihat bakal menjadi platform kepada pendedahan yang lebih meluas dalam komuniti Madani.

0412 OKU 4(Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat,Dr. Chan Soak Fong
sedang beramah mesra dengan salah seorang peserta kanak-kanak OKU)

Sementara itu, salah seorang ibu peserta, Fadhilah Zainal Abidin, 42 melahirkan rasa teruja dengan program berkenaan apabila anaknya yang menghidap 'Ceberal Palsy' dapat bersosial dan bertemu dengan rakan baharu.

"Saya sangat suka program seperti ini kerana bagus kepada ibu bapa dan kanak-kanak OKU agar tidak hanya duduk di rumah. Seronok saya lihat anak saya bersosial dengan rakan baharu," katanya yang datang dari Kepong semata-mata untuk menghadiri program berkenaan.

0412 OKU 3(Para peserta kanak-kanak OKU sedang bersedia untuk menyertai pertandingan
pertunjukkan fesyen di lobi utama HSAAS UPM)

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD