fb fb fb fb fb

Kanak-kanak lima tahun maut kemalangan

Motosikal yang dilanggar sebuah kereta di Jalan Alor Pongsu, Kampung Matang Jelutong

PERAK, 31 Januari- Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut manakala tiga lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pongsu, Kampung Matang Jelutong, di Bagan Serai, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, motosikal itu dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Akibat pelanggaran itu, motosikal itu terbabas ke dalam parit.

Mangsa terlibat merupakan seorang wanita berusia 32 tahun, seorang remaja lelaki 14 tahun, seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun dan seorang kanak-kanak perempuan lima tahun.

Bagaimanapun kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan lanjut, namun kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI