fb fb fb fb fb

Kanak-kanak lima tahun maut dilanggar van sekolah

FOTO HIASAN

JOHOR BAHRU, 19 Jun- Polis mengesahkan kejadian seorang murid prasekolah maut selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak menerusi satu kenyataan memaklumkan, kejadian melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Katanya, kejadian berlaku pada pukul 11.35 pagi.

"Kjadian dipercayai berlaku ketika pemandu van wanita berusia 50 tahun menurunkan kanak-kanak berkenaan dan abangnya yang berusia enam tahun di hadapan rumah mereka.

"Pemandu van itu meneruskan perjalanan selepas melihat abang mangsa (berjalan) melepasi belakang van dan beranggapan mangsa turut mengikuti abangnya.

“Pemandu itu telah terlanggar mangsa yang lalu di hadapan van tanpa disedari. Pemandu itu kemudian turun melihat keadaan mangsa dan memaklumkan kepada ibu mangsa dengan segera,” katanya.

Mohd Sohaimi berkata kanak-kanak itu dilaporkan mengalami cedera parah kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Masai oleh ibunya namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Pemandu berkenaan kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE