fb fb fb fb fb

Kanak-kanak lelaki tiga tahun terjatuh dalam tali air dikhuatiri lemas

KUALA TERENGGANU, 12 Disember- Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Manir.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 petang tadi mangsa, Muhammad Sufi Eijas Mohd Sobrey dikatakan berkunjung ke lokasi berkenaan bersama bapa dan dua adik-beradiknya sebelum terjatuh ke dalam tali air.

Menurut bapanya Mohd Sobrey Ramli ketika itu dia berada kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian sebelum dimaklumkan anak sulungnya bahawa adiknya tenggelam.

Katanya, dia nekad terjun ke dalam tali air untuk menyelamatkan anak keduanya itu namun gagal.

"Anak itu dia panggil, abah Ejaz tenggelam saya pun automatik tinggal anak bongsu terus terjun dalam tu tidak sempat nak pegang tidak sempat," kata Mohd Sobrey.

Sementara itu Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad berkata usaha pencarian mangsa masih giat dilaksanakan.

Menurut beliau pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.28 petang sebelum menggerakan seramai 23 anggota termasuk Unit Penyelamatan Di Air ke lokasi kejadian.

"Hampir dua jam kita buat pencarian melalui selaman. Empat kali kita cari di kawasan sekitar yang dibantu dengan agensi lain dan penduduk kampung. Setakat ini kita belum terima apa-apa tanda positif untuk menemukan mangsa,"katanya

Lebih 50 anggota melibatkan pelbagai agensi menyertai operasi mencari dan menyelamat.


(Mohd Mazimi ditemui berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.28 petang sebelum
menggerakan seramai 23 anggota termasuk Unit Penyelamatan Di Air ke lokasi kejadian)

Media Baharu