JOHOR BAHRU, 16 November- Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan di tebing Sungai Danga, di sini pada pukul 5.10 petang tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, mayat ditemukan pada jarak 3.7 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh semalam.
"Seramai 12 anggota Bomba, tujuh anggota polis dan tujuh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama-sama empat jentera dikerahkan ke lokasi bagi melakukan operasi pencarian," menurut kenyataan itu.
Semalam, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang dipercayai terjatuh ketika bermain di tepi longkang besar di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras selepas tergelincir ketika bermain bersama-sama dua lagi rakannya masing-masing berumur tujuh dan lapan tahun di longkang berkenaan.