fb fb fb fb fb

Kanak-kanak jatuh jeti, ditemukan mati lemas

FOTO JBPM

KUANTAN, 14 Disember- Mayat kanak-kanak lelaki lima tahun yang dikhuatiri hilang ketika memancing di sungai   Kampung Sepayang, Kuala Rompin, Pahang ditemui 5.30 petang semalam.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Rompin, Afandi Ab Halim berkata, mangsa, Rizki Madina Jamaluddin, ditemui kira-kira 4 kilometer daripada dia dilaporkan terjatuh.

Pada Isnin, mangsa dikhuatiri lemas semasa melakukan aktiviti memancing bersama kawan-kawannya di sungai terbabit.

Operasi diteruskan sejak Isnin lalu  melibatkan 60 orang Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pekan dan 4 orang PPDA dari Kuantan bersama-sama anjing pengesan.

Antara agensi terlibat dalam operasi tersebut termasuklah  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE