Kanak-kanak hilang ketika mandi di Pantai Tanjung Buloh ditemukan lemas

FOTO Maritim Malaysia

KOTA TINGGI, 18 Februari – Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tanjung Buloh di sini, ditemukan meninggal dunia pada pukul 10.26 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat kanak-kanak ditemukan terdampar di pantai tidak jauh dari lokasi kejadian.
  • Doa dan usaha awal menyelamatkan dua mangsa lain berjaya oleh nelayan serta orang awam.
  • Operasi carilamat melibatkan Maritim, polis, bomba dan Kementerian Kesihatan ditamatkan selepas penemuan mayat.

Mayat mangsa ditemukan terdampar di pantai, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, Maritim Rescue Sub Centre menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.30 tengah hari memaklumkan tiga individu dipercayai lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Menurut beliau, dua daripada mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan serta orang awam yang berada di lokasi.

Operasi Carilamat kemudiannya diaktifkan bagi mengesan seorang lagi mangsa, melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Kementerian Kesihatan.

Operasi ditamatkan pada pukul 10.26 malam selepas mayat mangsa ditemui.