fb fb fb fb fb

Kanak-kanak 11 tahun maut dalam nahas di Jalan Sri Aman-Serian

Foto: Balai Bomba Sri Aman

SRI AMAN, 7 April- Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Sri Aman-Serian petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar pukul 5.32 petang.

"Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi.

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Viva yang dinaiki enam mangsa.

"Seorang daripada mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserah kepada pihak polis yang berada dilokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan turut memaklumkan tiga mangsa yang parah iaitu seorang lelaki, seorang wanita dan seorang bayi lelaki dibawa pihak ambulans ke Hospital Sri Aman sebelum ketibaan pihak bomba.

Sementara dua lagi mangsa masih berada di lokasi mengalami cedera ringan dan berikutan itu bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang masih berada di lokasi kejadian.

"Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI