KOTA KINABALU, 18 September - Mayat kakitangan Sabah Electricity yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada pukul 6.18 petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa ditemukan oleh pasukan pencari dikenali sebagai kumpulan Galen Star di kawasan sungai Kampung Liau Laut, Keningau.
Pasukan bomba seterusnya membantu mengangkat mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Mangsa dikenali Masedeh Rosmin, 35 tahun dihanyutkan arus deras ketika mencuba menyeberangi jambatan di Kampung Nuntunan Apin-Apin, Keningau pada malam Selasa.