KUALA LUMPUR, 5 April- Seramai 194 kakitangan dan pekerja pengurusan fasiliti Istana Negara serta Istana Melawati di Putrajaya menerima sumbangan beras kurniaan Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Menurut hantaran facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan Seri Paduka Baginda kepada kakitangan gred jawatan 11 dan 14 tersebut disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dewan Mulia, Datuk Zailani Hashim.
Turut hadir Pegawai Agama Istana Negara, datuk Munir Md Salleh, dan Ketua Pegawai Pentadbir Istana Negara Irfan Idrus.
Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi iaitu, 25,000 kampit beras 10 kilogram kepada asnaf sekitar Kuala Lumpur.