fb fb fb fb fb

Kajian rancangan tempatan 2035: MPHTJ libatkan pemimpin tempatan

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron/Foto RTM

BANDA HILIR, 27 Jun-Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengambil pendekatan komprehensif dengan melibatkan pemimpin masyarakat dalam pelaksanaan Kajian Rancangan Tempatan 2035.   

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata usaha itu bagi memastikan setiap mereka jelas dan dapat memberi pandangan menyeluruh terhadap setiap pembangunan di kawasan masing-masing.

Perancangan tersebut bakal melibatkan sebanyak 47 pemimpin masyarakat daripada tujuh Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka.

"Mereka akan lebih jelas apa itu rancangan tempatan dan kita bukan setakat berhenti di sini kita akan turun ke setiap ADUN dan setiap JAPERUN.

"kita akan pergi di mana setiap JAPERUN ini kita akan panggil wakil JAPERUN, Yang Berhormat kawasan dan juga JPKK kawasan untuk sama-sama mendengar mengenai rancangan tempatan dan apa pandangan dan cadangan mereka", katanya demikian selepas merasmikan Majlis Kick Off Kerajaan Rancangan Tempatan MPHTJ 2035 (Penggantian) di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD