Kajian pilihan raya DBKL dijalankan sejak Disember lepas

Hannah Yeoh (tengah)

PUTRAJAYA, 3 Februari – Kajian kebolehlaksanaan bagi melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dijalankan sejak Disember lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kajian dilaksanakan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk menilai kebolehlaksanaan pilihan raya PBT.
  • Hannah Yeoh menegaskan kajian bukan dibuat oleh pihak politik tertentu dan memuji kualitinya.
  • Keputusan kajian akan ditunggu sebelum sediakan kertas untuk dibentang kepada Kabinet.
  • Masih terlalu awal untuk komen kerana proses kajian masih berjalan sejak Disember.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata, kajian berkenaan dilaksanakan sebuah universiti yang berwibawa.

Perkara itu susulan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian telah dikemukakan seorang Ahli Parlimen dalam Sidang Dewan Rakyat lalu.

“Dan kajian ini jangan takut, kajian ini dilakukan oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Jadi kajian ini bukan dilakukan oleh orang DAP.

“Ini adalah UAIM yang saya yakin kajian mereka berkualiti,” katanya pada sidang media Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Hannah berkata, pihaknya masih menunggu dapatan kajian itu sebelum dibentangkan kepada Kabinet berhubung perkara itu.

“Selepas kita mendengar kajian, baru kita akan sediakan kertas kabinet untuk maklumkan kepada Kabinet sama ada JWP nak pindah akta atau sebaliknya.

“Pada ketika ini, masih terlalu awal untuk memberi sebarang komen kerana baru lakukan proses kajian,” katanya.

Hannah sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Pilihan raya sedemikian dilihat lebih praktikal berbanding memilih ramai ahli majlis bandar raya menerusi pilihan raya kerajaan tempatan.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan