fb fb fb fb fb

Kajian perkasa peranan usahawan wanita dalam industri, perniagaan

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kajian bagi memperkasa peranan usahawan wanita dalam industri dan perniagaan di negara ini akan dilaksanakan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kajian tersebut bagi memastikan kerajaan mempunyai data yang relevan untuk membuat keputusan atau tindakan terhadap golongan usahawan berkenaan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Tengah Hari bersama Women in Trade and Industry (WITI) anjuran Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA Malaysia) di ibu negara.

Menurut Tengku Zafrul, sesi libat urus sangat berharga bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) khususnya dalam konteks WITI kerana ia membuka ruang untuk berkongsi pendapat bagi idea penambahbaikan terutama dalam “She-economy.”

Dalam menyokong usahawan wanita lain khususnya dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Tengku Zafrul menggalakkan kepada peningkatan penglibatan wanita dalam pelbagai sektor baharu iaitu tenaga boleh baharu, teknologi hijau, pembuatan termaju dan industri berteknologi tinggi.

Sementara itu, beliau berkata sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia akan meneraju inisiatif yang memacu pembangunan bagi usahawan wanita selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kemampanan."

Katanya selaras dengan pengenalan inisiatif WITI, Malaysia akan memacu langkah proaktif, mengetengahkan kepentingan kesaksamaan jantina dalam keusahawanan dalam agenda ekonomi ASEAN.

Trainee