fb fb fb fb fb

Kadar tol kekal : Pengguna sifatkan selari gagasan MADANI

Langkah itu wajar dipuji kerana membantu mengurangkan kos sara hidup di ibu kota/Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Pengguna jalan raya menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya di seluruh negara selari dengan gagasan MADANI.

Rata-rata orang ramai yang ditemui RTM berkata, langkah itu wajar dipuji kerana membantu mengurangkan kos sara hidup di ibu kota.

"Saya rasa cukup berterima kasih kepada Perdan Menteri sebab selalunya kadar tol setiap kali pengumuman ada kenaikan, tapi kali ini kekal. Rakyat pun mesti suka dan setuju tiada kenaikan kadar tol ni," katanya.

Seorang lagi pengguna pula menyifatkan keputusan itu menepati prinsip ihsan dalam gagasan MADANI.

"Ia sejajar dengan aspirasi MADANI, ada unsur ihsan terhadap rakyat. Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menurunkan minyak, mengekalkan kadar tol dan sebagainya," kata Khairunnisa.

Bagi golongan B40, langkah itu dianggap sangat membantu, kata Mazlina Osman.

"Alhamdulillah, kami menerima dengan baik keputusan PMX ini. Untuk masyarakat marhaen, memang sebaik-baiknya kadar tol dikekalkan beberapa tahun. Terima kasih PMX," katanya.

Keputusan mengekalkan kadar tol membabitkan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL–Putrajaya (MEX).

Pada Rabu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif utama sebagai tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Ini termasuk pemberian RM100 secara sekali beri di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), penangguhan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya dan subsidi harga petrol RON95 yang lebih rendah pada RM1.99 seliter.

GRACE AISYAH KEDAYAN