fb fb fb fb fb

Kadar perbandaran di Malaysia meningkat tiga kali ganda

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Kadar perbandaran di Malaysia telah meningkat tiga kali ganda daripada 28.4 peratus pada 1970 kepada 75.1 peratus pada 2020.

Kenyataan itu dimaklumkan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menerusi satu kenyataan hari ini.

Datuk Seri Dr. Mohd Uzir berkata, kadar penduduk bandar yang tinggi ini dipengaruhi oleh peningkatan penduduk semula jadi, migrasi dan persempadanan semula.

Kadar perbandaran 50.7 peratus mula melepasi kadar luar bandar 49.3 peratus pada tahun 1991.

Dalam tempoh lima dekad, penduduk bandar berkembang sebanyak 21.4 juta daripada 3.0 juta kepada 24.4 juta manakala penduduk luar bandar pula ialah 8.1 juta orang pada 2020.

Menurut data, enam negeri telah merekodkan kadar perbandaran melebihi 85 peratus pada 2020 berbanding hanya lima negeri pada 2010 manakala dari segi daerah pentadbiran mencatatkan peningkatan kepada 31, melebihi sasaran pada 2020 berbanding pada tahun 2010 iaitu sebanyak 22.

Sasaran 85 peratus merujuk kadar perbandaran negara yang ditetapkan di bawah Rancangan Fizikal Negara Keempat menjelang 2040.


(Foto Hiasan)

Media Baharu