fb fb fb fb fb

Kadar pengangguran menyusut pada Ogos - DOSM

Ketua Perangkawan, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Kadar pengangguran di negara ini susut kepada 3.2 peratus, dengan mencatatkan lebih 558,000 orang penganggur, setakat Ogos lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pasaran buruh pada bulan tersebut terus berkembang, berikutan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

Bilangan tenaga buruh pada bulan Ogos terus mengukuh, meningkat 0.1 peratus berbanding Julai untuk merekodkan jumlah 17.22 juta orang.

Manakala, kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.4 peratus.

Bilangan penduduk bekerja menunjukkan peningkatan 0.2 peratus kepada 16.66 juta orang.

Ia dipacu peningkatan dalam aktiviti pelancongan, perkembangan eksport dan inisiatif berkaitan pekerjaan di bawah pelbagai pelan induk negara.

Prestasi tenaga buruh yang terus meningkat, mencerminkan keyakinan berterusan dalam pasaran pekerjaan serta ekonomi.

Seiring pertumbuhan ekonomi yang semakin kukuh dan pesat, prestasi tenaga buruh negara dijangka akan terus berada dalam kedudukan stabil serta mampu berkembang pada bulan-bulan akan datang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE