fb fb fb fb fb

Kadar penganggur menurun pada September- DOSM

FOTO DOSM

KUALA LUMPUR, 8 November- Bilangan penganggur mencatatkan penurunan sebanyak 0.6 peratus September lepas, kepada 573,700 orang berbanding 577,300 orang bulan sebelumnya.

Manakala, kadar pengangguran bagi bulan berkenaan kekal pada 3.4 peratus, selari perkembangan ekonomi semasa.

Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan, kedudukan tenaga buruh di Malaysia berada dalam aliran pertumbuhan positif dengan peningkatan kecil dalam bilangan pekerja.

Bilangan tenaga buruh terus bertambah dari bulan ke bulan sebanyak 0.1 peratus kepada 16.95 juta orang, berbanding 16.93 juta orang pada bulan sebelumnya.

75.3 peratus daripada jumlah penduduk bekerja itu adalah dalam kategori pekerja mencecah 12.33 juta orang.

Sektor perkhidmatan terus menunjukkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja terutamanya aktiviti perdagangan borong dan runcit serta perkhidmatan makanan dan minuman.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE