fb fb fb fb fb

Kadar jenayah di KL menurun 10%

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Kadar jenayah di ibu negara menurun sebanyak 10 peratus berbanding tahun lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata bermula Januari sehingga 30 November lepas, statistik jenayah indeks menunjukkan penurunan sebanyak 9%, jenayah harta benda (8%) dan jenayah kekerasan (12%).

Walaupun berlaku penurunan, pihaknya bimbang akan peningkatan jenayah komersial seperti penipuan dalam talian .

"Secara keseluruhannya kita nampak trend jenayah di Kuala Lumpur menurun sebanyak 10% berbanding dengan tahun lepas, berbanding dengan 2019 turun sebanyak 40%. Jadi keadaan jenayah indeks adalah terkawal dan saya boleh nyatakan bahawa Kuala Lumpur ini berada dalam keadaan selamat," katanya kepada media selepas menyampaikan amanat dan penghargaan dalam perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah berjaya menyelesaikan kes-kes melibatkan Op Dadu, Op Noda dan Op Cantas dengan peratusan penyelesaian kes sebanyak 91.52% bagi tempoh Januari sehingga November 2023.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM