fb fb fb fb fb

Kadar baharu RMT dinaikkan Ahad ini

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 3 November- Kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan dinaikkan berkuat kuasa Ahad ini.

Bagi kawasan Semenanjung, dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 dan RM3.00 kepada RM4.00, bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Kenyataan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi laman Facebook rasmi, memaklumkan, pelaksanaan kadar baharu itu bakal memanfaatkan 791,477 murid penerima RMT di seluruh negara.

Pelaksanaan kadar baharu itu juga, memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT.

KPM komited melakukan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.


(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin/Fail BERNAMA)

Media Baharu