fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM39.99 bilion daripada RM37.04 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM24.14 bilion berbanding RM27.29 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional dan satu tender repo berbalik.


(Foto hiasan)

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM39 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM24.1 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.98 peratus pada 16 Mei 2023. -BERNAMA

Media Baharu