PUTRAJAYA, 21 Mei- Mesyuarat Kabinet hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada Iran susulan kematian presidennya, Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya Hossein Amir-Abdollahian dalam nahas helikopter.
Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, ucapan itu dirakamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat.
"Dua pertemuan yang telah diadakan bersama Presiden Iran jelas hubungan yang baik antara kedua-dua negara bertambah erat.
"Saya sendiri berpeluang detik pertemuan pertama PM dan almarhum di riyadh jadi memang meninggalkan kesan, kita ucapkan takziah,"katanya dalam sidang media di Putrajaya.
Sebelum ini Datuk Seri Anwar memaklumkan, Malaysia bersolidariti bersama Iran atas tragedi menimpa Presiden dan Menteri Luarnya baru baru ini.