fb fb fb fb fb

Justin Trudeau mahu wujudkan kerjasama Malaysia-Kanada

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pagi tadi bagi merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Dalam panggilan video yang dimuatnaik di facebook Anwar, Justin turut berharap untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai lapangan, termasuk pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, serta hubungan sesama insan turut dilakukan.

"Kami juga memperbaharui komitmen untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Kanada ke tahap yang lebih tinggi.

"Kami menantikan lebih banyak perniagaan, perdagangan dan pelaburan serta bekerjasama lebih lanjut mengenai keselamatan dan juga mewujudkan hubungan yang lebih erat," tambah Justin Trudeau.

Malaysia dan Kanada telah menyaksikan peningkatan dalam hubungan kerjasama dua hala sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957, dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM10.58 bilion pada tahun 2021.

Manakala nilai pelaburan Kanada dalam sektor pembuatan Malaysia dalam tempoh 40 tahun kebelakangan bernilai RM789 juta.

(Anwar Ibrahim terima panggilan daripada Justin Trudeau)

Media Baharu